SPTC 25.11.2014 - MENJELANG KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB-KELAB MALAYSIA
Para peserta yang bakal mewakili SPTC dalam Kejohanan Taekwondo antara Kelab-kelab Malaysia giat menjalani latihan. Persiapan pasukan telah pun menghampiri kemuncaknya dengan kejohanan hanya dua hari lagi sebelum cabaran bermula dengan rasminya.
SPTC hanya akan mengambil bahagian dalam empat kategori umur sahaja, iaitu kategori lelaki 9-11 tahun, perempuan 12-14 tahun, perempuan 15-17 tahun dan perempuan terbuka.
Bagi kategori lelaki 9-11 tahun, SPTC membariskan mantan pemenang pingat emas Kejohanan Taekwondo Remaja Peringkat Negeri Sabah 2013 iaitu adik Simson Peres, adik Filbert Jonal dan adik Cavrin Caen Saimon. Filbert dan Cavrin Caen ialah pemenang pingat gangsa dalam dua kejohanan berasingan peringkat negeri Sabah 2014.
Dalam kategori 12-14 tahun, SPTC hanya menghantar peserta perempuan sahaja, iaitu adik Alcyvinnica Demkin, mantan pemenang pingat emas Kejohanan Taekwondo Remaja Peringkat Negeri Sabah 2013, adik Georgiana Chiew, serta adik Nurul Atiqah Afwan yang baharu kembali ke pangkuan SPTC setelah dua tahun bersama kelab lain.
SPTC menyenaraikan adik Nur Azijrah Tibun, mantan pemenang pingat perak dalam Kejohanan Taekwondo Remaja Peringkat Negeri Sabah 2013 dalam kategori perempuan 15-17 tahun. Selain itu, kelab ini juga menyenaraikan mantan peserta Sabah Games 2013 yang telah beberapa kali menyumbangkan pingat kepada kelab dalam pelbagai kejohanan peringkat Sabah.
Hampir semua peserta daripada SPTC masih kekurangan pengalaman terutama bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, semua peserta telah mengikuti latihan yang sistematik merangkumi semua keperluan sebagai atlet termasuklah kemahiran, teknik dan strategi-strategi tertentu. Menurut Ketua Jurulatih SPTC Master Nalmon Goyi, setakat ini para peserta sangat bersemangat dan bertekad untuk menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam kejohanan tersebut.