Monday, 8 December 2014

KEJOHANAN TAEKWONDO NSC - MILO ANTARA KELAB-KELAB MALAYSIA, 2014


Kejohanan telah berlangsung dengan lancar sebagaimana yang telah dijadualkan.  Menurut pihak penganjur, kejohanan ini telah disertai oleh 38 buah kelab dengan 680 jaguh taekwondo dari seluruh pelosok Malaysia. 

Gambar semasa persediaan perasmian

SPTC hanya menghantar lapan peserta dan tiga pegawai dalam kejohanan tersebut sebagaimana yang disiarkan sebelum ini.  Semua peserta daripada SPTC masih kekurangan pengalaman bertanding di peringkat tinggi seperti kejohanan ini kecuali adik Siti Adahah yang pernah bertanding di peringkat antarabangsa suatu ketika dulu. Walau bagaimanapun, atas kesungguhan, latihan intensif dan sedikit pengalaman sedia ada, SPTC tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya mengutip empat pingat, iaitu masing-masing dua pingat perak dan gangsa.

Mereka yang memenangani pingat adalah seperti berikut:

1.  Simson Peres Soo Sui Gum  -  Perak
2.  Alcyvinnica Demkin             -  Perak
3.  Nur Azijrah Tibun                 - Gangsa
4.  Siti Adahah Abdul Rahim     - Gangsa
 
Berita dan gambar-gambar semasa kejohanan akan dikemas kini.

No comments:

Post a Comment