Tuesday, 18 November 2014

KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB MALAYSIA 2014


SPTC akan menyertai kejohanan tersebut yang akan dilangsungkan pada 27-30 November 2014 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.  Kini, cuma kurang dua minggu lagi kejohanan tersebut membuka tirainya. 

SPTC telah mengadakan siri latihan khas sebagai persediaan menghadapi kejohanan tersebut.  Fasa akhir persediaan kelab sedang berlangsung.  Walaupun kelab hanya memperuntukkan masa dua minggu untuk fasa akhir ini, pihak kelab percaya semua peserta yang telah terpilih mampu memberikan saingan sengit kepada peserta-peserta daripada kelab atau negeri lain.

Sebenarnya semua peserta daripada kelab ini bukanlah asing dalam sukan ini walaupun masih muda kerana mereka pernah memenangi pelbagai pingat di peringkat negeri.  Bezanya, kejohanan kali ini lebih mencabar kerana  disertai oleh jaguh-jaguh taekwondo di seluruh pelosok negara.

Senarai nama peserta daripada SPTC akan diumumkan secara rasmi oleh pihak kelab dalam masa terdekat ini.  Buat masa ini, pihak kelab masih menunggu  pengesahan dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa bakal peserta.

No comments:

Post a Comment